Home arrow Aktiviti arrow Agro Challenge Expedition arrow Ekspedisi Agro Challenge 2004
Ekspedisi Agro Challenge 2004 PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Majalah Agro Challenge 01-02   
Monday, 19 March 2007

AGRO CHALLENGE MEMBUKA MINDA TANI

Majalah AgroChallenge Edisi 01-02 Mei/Jun 2005


ÄGRO CHALLENGE 2004" yang diperkenalkan oleh Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mendapat sambutan di luar jangkaan, terutama di kalangan usahawan tani pelbagai bidang.

Konvoi sulung Agro Challenge 2004 selama tiga hari bermula 30 September hingga 2 Oktober 2004 telah memberi pelbagai manfaat yang berguna kepada peserta 77 usahawan tani membabitkan 20 kereta dan 10 motosikal.

Kejayaan ini adalah sejajar dengan motto Agro Challenge iaitu "Seeing is Believing" atau "Lihat dan Percaya" bagi membuka minda dan pendedahan di kalangan peserta.

Sessi pertama konvoi ini juga diadakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA 2004) dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan, di MINES, Sri Kembangan, Kuala Lumpur bermula 5 hingga 10 Oktober 2004.

Pelepasan konvoiPelancaran konvoi itu diadakan di Perkarangan Wisma Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kuala Lumpur oleh Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar. Acara konvoi itu bermula dengan perarakan peserta yang diiringi oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari jalan Duta melalui Jalan Kuching dan seterusnya melalui Jalan Kepong menuju ke Sungai Buloh.

Secara langsung, kejayaan ini merupakan hasil kerjasama dan sokongan serta komitmen di kalangan ahli kumpulan KUAT yang diterajui oleh Haji Abdul Manaf Haji Sulong. Haji Abdul Manaf yang juga Presiden KUAT, berkata konvoi itu bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan tani pelbagai bidang untuk meninjau secara berkumpulan pelbagai projek pertanian di kalangan usahawan tani di beberapa negeri lain.

Ini kerana usahawan tani yang dikunjungi itu telah lebih jauh berjaya serta telah melaksanakan kegiatan harian mereka itu secara komersil. Ada sesetengah mereka telah terbabit dalam agro pelancongan, katanya.Syabas

Last Updated ( Friday, 27 February 2009 )
 
© 2010 Agrochallenge.com